Salam Ramadhan

Assalamualaikum, hai

lama sangat dah tak update blog, dalam setahun jugaklah hehe.. rindunyee nak menaip walaupun entri tunggang langgang. Alhamdulillah, dah 3 hari menjalani ibadah puasa, dan hari ini juga adalah hari bapa. Genap tiga bulan ayah pergi tinggalkan kami sekeluarga, Allah lebih sayangkan Ayah,, Ramadhan tahun ini aku berpuasa tanpa ayah, kalau tiap kali ramadhan ayah mesti ingatkan kami adik beradik niat puasa, ayah mesti kejutkan kami time sahur, dan ayah juga paling exited time berbuka, walaupun aku tak rapat dengan ayah, aku terasa kehilangannya. Aku rindukan arwah ayah. Selamat Hari Bapa, Ayah :'(

November (Bad Day)

Bulan ni penuh dengan cabaran,dugaan. Banyak halangan dan ujian yang aku lalui bulan ni. Ya Allah, aku tak tahu nak mengadu kat sape lagi. Penat dengan semua ni. Aku tak tahan, sumpah. Kenapa semua ni terjadi kat aku. Apa bala lagi nak timpa aku. 😢😢😢